Jumaat, November 16, 2007
Pagi itu, penduduk kampung Parit Kodari beramai-ramai berkumpul di hadapan surau lama, di hujung kampung itu. Ada yang sudah sampai di situ sejak seusai solat jemaah subuh lagi.

“Aku pantang dicabar!” pekik Wak Dol. Marah sungguh dia sebaik sahaja menantu kesayangannya, si KoJol itu membisikkan perkhabaran tentang penduduk kampung yang berkumpul ramai-ramai itu.

“Aku nak tidur, nak bergurau senda dengan bini pun tak senang!” dengusnya lagi, sambil menggulung kain pelikatnya. Sebagai ketua kampung dan ketua parti Sarkas di kampung itu, kredibilitinya tercabar.

Di hadapan surau itu, semakin ramai orang kampung yang berkumpul. Berbondong-bondong. Pendek kata, yang sihat datang berkaki, yang tempang datang bertongkat. Dengarnya ramai yang bercuti tidak ke kebun pagi itu. Antaranya, Wak Mat Sabut dan Wak Kolid Brahim cuti menoreh, Wak Kasan Ali pula bercuti dari mengambil upah memancah dan mengeruk parit, cikgu Salleh Ayob mengambil cuti tanpa gaji, malah apek Lim dan anaknya si Guan itupun bercuti menjaja ikan dengan motor buruknya hari itu. Semata-mata ingin ikut sama berkumpul ramai-ramai di depan surau itu.

“Kami juga jangan dicabar, kami sudah lama bersabar!” laung penduduk kampung itu, hampir serentak. Mereka yang selama ini berdiam diri benar-benar memaksudkannya kali ini. Selama ini mereka nampak seperti bodoh, diam dan membisu. Rupa-rupanya bodoh, diam dan membisu mereka bak gunung berapi. Sengaja disimpan senyap, menunggu saat untuk memuntahkan lahar semangat perjuangan demi menuntut keadilan dan pembaharuan. Mereka inginkan perubahan. Ingin ‘membersihkan’ segala ‘kekotoran’ yang telah bergumpal lama dalam kepimpinan kampung itu. Ingin memperbetulkan mana-mana yang bejat.

Mereka tidak rela terus dipergula-gula dan diperbodohkan oleh kepimpinan Wak Dol. Mereka ingatkan ketua kampung yang dulu, Wak Dir itu teruk, Wak Dol lebih baik sebab orangnya dikatakan islamik, rupa-rupanya Wak Dol lagi teruk. Lebih bobrok! Lebih korup! Rumah Wak Dol semakin besar bertingkat-tingkat, belum yang di luar daerah lagi! Tanah kebunnya semakin banyak, kereta sampai tujuh lapan buah. Begitu juga JKK kampung yang juga orang-orang kanannya. Sedang surau dan balairaya terus senget hampir menyembah bumi, jalan berlubang, bonyok dan becak sana-sini, jambatan hampir roboh, parit tersumbat. Orang kampung yang miskin tidak terbela, tetapi Wak Dol dan JKK terus-terusan bermewah-mewah. Cerita duit peruntukan pembangunan kampung untuk memperbaiki jalan, surau, jambatan dan parit disonglap Wak Dol dan JKK kampung bukanlah satu rahsia lagi.

Bukan itu sahaja. Penduduk kampung yang tak sependapat dengan Wak Dol akan dipinggirkan. Surau dan balairaya itupun sudah menjadi semacam hak beliau dan orang-orangnya. AJK surau yang betul-betul jujur berkhidmat untuk agama disingkirkan. Dilantiknya orang-orangnya, yang tidak pernah sekalipun menampakkan batang hidung bersolat jemaah. Ceramah agama disekat-sekat tetapi pertandingan nyanyi-nyanyi dan joget-joget di balairaya digalakkan pula.

“Kepemimpinan kampung kita perlu dibersihkan!” teriak Wak Nuar, bekas penolong ketua kampung, yang dipecat Wak Dir dulu, kerana tuduhan palsu menggelapkan duit hasil jualan getah sekerap koperasi dan mengendap janda yang sedang mandi, tak lama dulu.

“Allahuakbar!” laung Haji Adi, guru Al-Quran yang dihormati di kampung itu, yang biarpun sudah tua tetapi sungguh bersemangat pagi itu. “Allahuakbar!” disambut serentak, beramai-ramai, bersemangat.

“Bersih sebahagian dari iman! Aku pun bayar cukai juga!” pekik Abang Sekak, anak Wak Nah yang jarang balik kampung itu, entah dari mana, tiba-tiba, pagi itu muncul pula.

Tiba-tiba datang gerombolan demi gerombolan lelaki-lelaki berbaju seragam, bertopeng, bertopi dan berperisai. Ada yang memegang senapang, ada yang memikul meriam, ada yang memegang bom tangan. Mereka bertrak, berkereta kebal dan berkuda, bagai bala tentera hendak berperang lagaknya, mengepung tempat itu. Padahal penduduk kampung berkumpul dengan tertib, tak mengacau sesiapapun. Mereka memekik-mekik mahu penduduk kampung bersurai. Namun penduduk kampung itu seincipun tidak berundur, tetap tidak gentar, berpegangan tangan erat sesama mereka, biarpun ada yang terpinga-pinga dan sesetengahnya menyelamatkan diri naik ke atas surau, bila pancutan air yang deras dan kepulan asap yang memedihkan mata dan menyesakkan dada mula menghujani dan mendera mereka secara keras dan rakus.

Malam itu, di rumah besar Wak Dol. Majlis makan-makan. “Wayar kepala mereka dah longgar, Wak Dol…,” Wak Najeri Ajis bersuara, cuba memancing perhatian Wak Dol agaknya.

“Ha ha ha!” Wak Dol ketawa berdekah-dekah, sambil mencabut bulu hidungnya yang terjulur.

“Itu monyet pak! Beruk jalanan!” sampuk pula anak menantu kesayangannya.

“Ha ha ha!” sampuk Wak Zam Zam Ala Kazam, bagai tersampuk lakunya.

“Ha ha ha!” sampukan dan racauan mereka itu berterusan, bersambung-sambung, bersahut-sahutan, tak putus-putus.

TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 11/16/2007 10:27:00 PG. |


42 Ulasan


Jumaat, November 16, 2007 11:07:00 PG, Blogger Sastri

memang tidak dapat dihuraikan betapa kecewa bila pengganti yang berimej bersih rupanya .... sedih dan kecewa bukan kepalang... ada saatnya merindui kepergian yang dulu tu... macam langit dan bumi bezanya...

 

Jumaat, November 16, 2007 11:16:00 PG, Blogger Lily Abdullah

ekeeee..salam sdr BP,
Saya nak gelak dulu sebelum beri komen heh3....Macam pernah ku dengar sahaja ceritera ini...tapi bukan di media arus perdana :P. sinikal :)

 

Jumaat, November 16, 2007 11:50:00 PG, Blogger DeeN

SAYA PANTANG DICABAR!!

Dey, Podahchittt! Len kali kalau tak takut kena cabar, sila turun ke gelanggan. Bukan bersembunyi di sebalik seragam dan bom asap. Santau baru tau! Beruk matyeh betul! HEh!!

(aisey, ter'emo' plak hehehe)

 

Jumaat, November 16, 2007 12:30:00 PTG, Blogger Orked

mcm tak percaya, org Herot University percaya teori charles darwin...kehkeh :p

 

Jumaat, November 16, 2007 1:09:00 PTG, Blogger Brader Black

ngehehehe..
hari tu cerita psl racau si kuli, hari ni cerita pasal racau si ketua..

busuk benar politik yg dimainkan oleh peracau2 itu..

 

Jumaat, November 16, 2007 2:12:00 PTG, Blogger Nunn

semoga penduduk kampong Parit Kodari dapat mengubah kepimpinan dimasa akan datang....... Takbir...ALLAHUAKBAR....

 

Jumaat, November 16, 2007 3:23:00 PTG, Blogger Mak Su

abih camno ni? tukar dah?

 

Jumaat, November 16, 2007 3:45:00 PTG, Blogger me3n

keyword: hipokrit. salah satu care nak berjaye dalam politik. sedih tapi benar hehe. err yg ko cerita neh kesah benar ke?

 

Jumaat, November 16, 2007 3:51:00 PTG, Blogger Butaseni@Wan Raja

pucuk kepimpinan seperti wak dol ni,memang dah ada dari peringkat skolah rendah,menengah,university,kampung,daerah,negeri dan parliment.

ada satu cerita....

sang segala yang kejam berada dipuncak,di temani oleh 3 pengikut setia.sungguh buruk tarian dan pergerakan mereka.
kemudian datang seorang anak muda yang bertekad untuk membetulkan balik pucuk pimpinan itu.
mereka pun bertarung,anak muda itu tewas dan datang pula 3 orang pembantu untuk menolong.dan keempat-empat mereka akhirnya dapat menewaskan sang segala dan 3 pengikutnya.anak muda itu pun naik keatas kerusi tinggi itu.
apa bila mereka diatas mereka juga mengulangi tarian dan pergerakan sang segala tagi..... itulah die.
(kerusi oleh DR.hatta azad khan)

 

Jumaat, November 16, 2007 4:08:00 PTG, Blogger ZABS

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

 

Jumaat, November 16, 2007 4:11:00 PTG, Blogger ZABS

Salam BP,
Parit Kodari tu kat mana?
Ini Sarip Dol (Wak Dol) dari Pendekar Bujang Lapok tu ke?
Pengerusi SPR dah tahu tarikh pilihan raya, tapi tak boleh beritahu. Saya pun tahu, dan boleh pula beritahu... tapi takda siapa pun nak tahukan? Tak payahlah beritahu March depan pilihanraya tu. Bolehlah usahakan ganti Wak Dol tu.

 

Jumaat, November 16, 2007 4:39:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sas,
Rumah kalau dah bobrok dan bejat sana-sini, robohkan saja. Gantikan yang baru...! :)

Terlepas dari mulut rimau, masuk pula ke mulut buaya [sesuai ke guna pepatah itu? :D]


Waterlily,
Salam kembali,

Ini cerita rekaan. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Sebab itu tak jumpa cerita ini di mana-mana :)


nur@,
Garangnya kamu! Kamu nak santau siapa pulak ni?


Jie,
Bukan dari Oxford ke? Ha ha ha!


Brandal,
Sampah-sarap yang tersimpan lama memang busuk. Sangat busuk. Kena lupuskan terus, jangan dikitar lagi :)


nunn,
Semoga usaha penduduk kampung Pt Kodari itu dipermudahkan Allah.


mak su,
Apanya yang mahu ditukar mak su? He he he!


ad3ck,
Macam benar, macam tak benar, tapi rasanya lebih kepada benar. Tiada yang tipu, malah benar belaka.

Ha ha ha!


butaseni,
Ha'ah. Bila niat dah tak betul, menyimpanglah tujuan asal memimpin dan kepemimpinan.

Terima kasih berkongsi cerita 'Kerusi' itu. Dalam maksudnya.


Tuan Zabs,
Waalaikumussalam tuan,

Orang Jawa sebut Kodari, orang Melayu sebut apa entah. Hadhari kot. Agaknyalah.

Pt Kodari dan watak Wak Dol itu boleh ada dan wujud di mana-mana tuan, selagi wujud manusia yang tertindas juga manusia yang tamak, rakus dan mementingkan diri sendiri. :

 

Jumaat, November 16, 2007 4:47:00 PTG, Blogger ManjLara

Harap penduduk Parit Kodari tidak tersampuk dengan racauan2 yang berterusan, bersambung-sambung, bersahut-sahutan dan tak putus-putus tu :O

 

Jumaat, November 16, 2007 5:49:00 PTG, Blogger muor76

tu si jali anak wak kassim pon ngikut wak dol gak tu...
tu mamat boncet yang ade kilang kat ngan trafic light muor by pass pon ngikut wak dol gak.. tapi mamat boncet nih ok sket kot dr si jali... kalo anak cikgu igama cikgu mat yassin tu pulak.. jadik org kuat wak dol.. tapi pegi pagoh kene maki gak ngan org sane...
ni lah dia org org yg agak pengor dan kenyor.. harus dipelangkong kepala sekor sekor.. di getol pon sedap gak.. perangai sangkak.. pekong betol diorang...
pakkal le aku nih bukan superman kalo idak mau aku lempang sekor-sekor lelaju...
bior buruk, jgn beruk.. beruk betul menantu wak dol itu.. berok bongok bongkok isap rokok atas pokok...
jgn lupe black war war kan kat penduduk pt jamil tenteng keberukan diorang... tunjukkan si wak dol tu kaki tido... kekekekekek

 

Jumaat, November 16, 2007 9:19:00 PTG, Blogger aNIe

Hahahaha....ramainya Wak Wak dlm cerita pendek ni...kat kampung mana tu... :P

 

Jumaat, November 16, 2007 9:36:00 PTG, Blogger Pa'chik

aku tak peduli pasal wak dol ngan konco-konco dia tu...

yang aku nak tau.. ko jentik tidak idung si sekak tuh?

ekekeke....

 

Jumaat, November 16, 2007 10:38:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

ni dah jadi cerpen, boleh kasi hantar ke MM ni ... hehhee

 

Jumaat, November 16, 2007 11:39:00 PTG, Blogger zino

tajam sindiran nya tu.. tapi memang kecewa dengan apa yg berlaku sekarang ni..

nampak macam cakap tak serupa bikin..

 

Sabtu, November 17, 2007 12:05:00 PG, Blogger KAMATO

Aku suka cerita ini.....

 

Sabtu, November 17, 2007 2:14:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Ingatkan orang kampung Parit Kodari boleh terima jer kepimpinan parti Sarkas ni. Dari dulu. Dah bertradisi, parti Sarkas saja yang terbaik.

Cuba cuba lah bagi peluang kat Haji Adi.

 

Sabtu, November 17, 2007 4:08:00 PG, Blogger tokasid

Salam Wak Pinter:

Memang pinter wak! Wak persembahkan satu sitkom yang hampir nyata.

Selain itu terdapat wakil Wak Dol di merata solok-solok. Di solok Segor kabarnya Wak Hir sudah memberi penyapu ajaib utk pengawai-pegawai yang tidak cerdik mengutip cukai.
Di solok Jebat pula Mamak Ali pakar gulai Ketam ada kata bahawa org ramai yang berkumpul di laman Wak Dol sebagai bodoh dan khianat.
Tapi Wak Guni dari solok Joor senyap sunyi saja. Begitu juga Wak Nan(yang suka membuat isyarat lucah) serta Wak Ajulseli di solok silver tidak juga bersuara. Wak Idan di Kayangan indera lka serta Wak Dir Jelapang padi macam sudah bisu.

Saya dengar Wak Jib marah-marah sama si Rommel Benggali Putih kerana masuk campur urusan kampong Wak Dol.

Memang bener Wak Shit pengerusi Suruh Pilih (oleh)Rakyat kata sekarang mahu beri penerangan pada kaki-kaki kerja pilih supaya siap sedia kerana acara pilih Penghulu serta JKK sudah hampir. Maknanya tugas Wak Shit mengotori senarai runcit org yg memilih sudah selesai. Dengar kabar ramai warga instant Malaysia yg asal dari Negara Pergunungan Himalaya serta negara pili pain bakal di beri watak memilih juga..
Memang sangat desperado sekali Wak Dol kali ini.

Bagus rasanya pak Haji Adi di cobain jadi Penghulu....

 

Sabtu, November 17, 2007 11:40:00 PG, Blogger arsaili

Kepimpinan melalui teladan?

 

Sabtu, November 17, 2007 3:42:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

manjlara,
Bagi penduduk Pt Kodari yang berakal dan berfikiran matang, insyaAllah tidak akan tersampuk. :)


muor76,
Ha ha ha!

Cikgu Mat Yassin aku tak berapa kenal, kalau cikgu Mat Syawal aku kenallah. He he he.

Menantu Wak Dol itu patut dijotos kepalanya cukup-cukup. Bingai...!

Orang Pt Jamil ramai yang dah tahu perangai Wak Dol, KoJol dan juak-juaknya itu Muor. Jangankan tengok muka, dengar nama pun dah naik menyampah!


kak lady,
Parit Kodari [kalau orang Melayu sebut Parit Hadhari kot].Jangan terpedaya dengan kata-kata manis Wak Dol dan sekutunya itu kak lady... :D


Pa'chik,
Ha ha ha! Tak sempatlah pa'chik....

Tapikan....Apalah bangang si Sekak itu. Tunggu ada perhimpunan baru nak balik kampung. Itupun bukan nak singgah sekejap tengok emaknya.

Cuba kau baca,apa dia sebut tu, lari dari topik. Ha ha ha!


serunai faqir,
Mesti kena 'bakul sampah'kan. Kalau hantar Harakah atau Suara Keadilan mungkin lepas... He he he.

 

Sabtu, November 17, 2007 4:17:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Zino,
Itulah dia.

Alhamdulillah, semakin ramai orang kampung itu yang dah sedar mereka telah dan sedang diperbodohkan......


Kamato,
Terima kasih.


mazudi,
Selagi partai Sarkas itu main kotor & pihak yang dipertanggungjawapkan menjalankan pemilihan yang 4-5 tahun sekali itu diperkudakan, jangan mimpi partai lain nak menang Zudi....


Dr Tokasid,
Waalaikumussalam doc. Terima kasih.

Puak-puak itu masing-masing lebih rela jadi pak turut doc. Masing-masing fikirkan tembolok dan perut masing-masing.

Pasal Wak Hir yang semakin tegang muka dan semakin mancung hidungnya itu, kampungnya yang dikatakan termaju itu, padahal target untuk rancangan pembangunan kampungnya pun masih banyak yang belum tercapai, Wak Hir itu bukan sahaja patut diberi penyapu ajaib tapi berus jamban ajaib! Mamak Ali itu pulak lebih sayangkan lembu kaki pendek.

Wak Shit itu cuma keldai tunggangan. Kita tunggu sajalah doc. Hantu-hantu dah bersiap sedia, tinggal tunggu masa untuk bangkit dari kubur....

Entahlah doc. Semakin lenyek nampaknya mentimun dikerjakan. Durian semakin rakus menggolek.


arsaili,
'Kepimpinan melalui telanan'. Semua kalau boleh nak di'telan!'. Tak mengira haram halal.


Akira,
Terima kasih. Tahniah kepada penduduk Pt Kodari yang berani berjuang!

 

Sabtu, November 17, 2007 8:55:00 PTG, Blogger Pa'chik

dulu, ada la sepuluh ekor hantu kat kawasan mengundi kawan aku... deme satu kampung tu pakat bagi amaran.. keluar mengundi kalu... memang kena belasah lah... sekor pun tak berani nak keluar hari tuh.. ekekek...

takpe.. nanti lain kali jentik kuat-kuat...

hahah.. bingai sungguh sekak tuh...

 

Sabtu, November 17, 2007 11:11:00 PTG, Blogger Bunga Rampai

Kadang tak tahu nak kata apa lagi BP. Semuanya di depan mata. Saya percaya ruang masih luas untuk satu usaha positif ke arah kesaksamaan. Kita perlu bimbing generasi muda menghargai kejujuran, dan kita sendiri usah jemu membaiki diri.

Bagus kalau cerita ini bersambung - mengikut senario semasa :)

Salam.

 

Ahad, November 18, 2007 2:19:00 PTG, Blogger hakim dirani

Mungkin Penduduk Kampung itu dah tak tahu lagi apa tindakan yang boleh diambil untuk membaikkan keadaan. kesiaan..

 

Ahad, November 18, 2007 3:16:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

haha..satu satira yang pedas lagi berapi.

 

Ahad, November 18, 2007 6:46:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Betullah penyu, semua udah monopause dan mati pucuk ahaks!

 

Isnin, November 19, 2007 8:53:00 PG, Blogger Sastri

buaya yang ni lebih dahsyat banding dengan rimau dulu tu haaa... rimau dulu, sebelum membaham, dia teliti dulu mangsanya... cukup sifat tak... yang buaya ni, baham terus, takdenya ha nak fikir dan teliti dulu... tu yang bangkai pun dia tak tolak...

 

Isnin, November 19, 2007 8:55:00 PG, Blogger Pa'chik

rampai... masalahkan... tidak banyak usaha nak mengatasi masalah so-sial anak-anak muda pun. Mereka seakan lebih suka begitu... menjauhkan anak-anak muda dari Islam... dan lebih menumpukan kepada hal-hal lagha... leka dengan hidup hepi-hepi...
tanpa sikap tidak peduli orang kita juga... ahh anak orang lain.. apa nak bising.. lupa yang bila nanti dah abes anak-anak orang lain.. tinggal lagi anak-anak kita yang tak tau nak pulang bila petang kerna terlalu mabuk.. main lastik dan berpestolan.... pestol-pestolan... :)

 

Isnin, November 19, 2007 8:58:00 PG, Blogger Unknown

hehe, senyum sendiri. Pedas dan tajam sindirannya.

 

Isnin, November 19, 2007 2:39:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

kak sya,
Ya, begitulah nampaknya......


Pa'chik,
Sekarang ini heboh ada tempat-tempat tertentu hantu-hantu diaorang import dari luar negara pulak. Kat sini dulu, ada hantu yang duduk sampai berbelas ekor dalam serumah [lain-lain bangsa pulak tu!], ada pulak alamat rumah hantu-hantu itu di tengah lebuhraya. Hantu yang bangun dari kubur, jangan cakaplah. Isk! isk! isk!


B Rampai,
Ya, betul BR. Kesedaran dan pembersihan jiwa harus datang dari diri sendiri dulu. Masalahnya kalau marhaen sahaja yang beriya-iya inginkan perubahan yang positif sedangkan penguasa buat tak tahu, cakap tak serupa bikin, cuma pandai berretorika, negara akan terus selama-lamanya bejat dan bobrok.

Salam kembali.


Hakim,
Mereka cuma mentimun. Tak banyak pilihan yang mereka ada.......


Mr Penyu,
Yang makan lada terasalah pedas dan berasapnya. Agaknyalah, itupun kalau mereka masih punya perasaan....


mardhiah,
Ha ha ha!


Sas,
Buaya asyik tidur, kalau jaga pun mamai, itu sebab agaknya apa yang lalu depan mata semua ditelannya....


Pa'chik,
Betul! Masing-masing mengejar ilmu dunia, berbangga dengan angka-angka 5A, 9A, dan entah berbelas A lagi. Ilmu agama, angka-angka 20 sifat Tuhan, 5 rukun islam, 6 rukun iman, entah ke mana...


Yus,
Sesekali melepas geram ... He he he!

 

Isnin, November 19, 2007 3:31:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Lelucon satira yang pedas nih! Memang bagus 'dimakan' ketika panas. Ha ha ha!

 

Selasa, November 20, 2007 12:05:00 PTG, Blogger jinggo

saja nak menyemak kat sini....
cuma nak membuat jemputan saja....
datang la beramai-ramai...
bawak kengkawan sekali......
tempat, masa dan tarikh ada kat blog aku......
kehadiran anda akan memeriah kan lagi acara itu dan dapat mengeratkan lagi silaturahim antara kita.... insyallah.....

 

Selasa, November 20, 2007 1:29:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Azzam,
Ha ha ha!

Agak-agak nak sejuk, boleh hangatkan balik dalam microwave. He he he!


Jinggo,
Seperti yang aku katakan pada Butaseni dan Peg. Khalwat hari itu, insyaAllah, aku akan datang bagi sokongan. Tahniah!

 

Rabu, November 21, 2007 11:30:00 PG, Blogger Cik Keju

erm..dalam sungguh maksud entry ni. aku pon tak suka dgn monyet dan beruk jalanan itu...

tp kesian jugak sbb diorg di'monyet' dan di'beruk'kan sebegitu.huhuhu..

 

Rabu, November 21, 2007 11:41:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Cikin,
Hmmmm..... Siapa yang 'lebih monyet' dan 'lebih beruk' agaknya ek? :)

 

Selasa, November 27, 2007 11:04:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

weh, tak ramai orang johor sokong 'bersih' ni...ramai yg ummNOO..tapi best citer ni..hehe

 

Khamis, Disember 06, 2007 2:46:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

amirahsyuhada
Siapa kata? Mungkin itu orang lama-lama kot. Tak percaya cuba tanya Datuk Ruhanie Ahmad tu.

He he he.